MamaTucen
blog mama muda yang bosan di rumah,so ape lagi mama akan share macam2 kat sini. tentang kucing,resepi yg best2,tempat menarik dan kongsi pengalaman dengan korang semua :)
Search This Blog
Friday, 7 March 2014
PASAR BASAH PALING TERUK DAN MAHAL (PASAR BESAR SEREMBAN)
Sabtu minggu lepas ada tetamu nak datang kebetulan pulak ada urusan nak buat dekat seremban tu,nak beli barang basah la konon untuk masak so decide nak try g pasar besar seremban dah alang2 ke seremban tu.Selama ni asyik tengok je bila lalu dekat situ,ni la peluang nak jalan belah dalam pulak..
Jejak je kaki kat dalam tu memang excited la sebab banyak sangat orang menjual,so round2 la bahagian ikan hmmmmm kecewa tengok harga yang gila2 mahal lebih kurang pasar malam je..Lagi yang paling tak puas hati hasben mama ada pegang ikan ingat macam ok,rasa je dah lembik ingat malas la beli sekali uncle tu terus paksa suruh jugak ambik macam nak marah2 pulak tu..Then jalan la lagi tengok ada sotong harga Rm14/kg so ingat nak beli la pastu tukang jual tu tanya nak berapa kilo?pastu hasben mama cakap tak pa saya pilih..oooooooo tak boleh tak boleh ma..u maw saya angkat kasi..Adoi sakit hati betol die nak cedok yang dah x elok bagi kat kita memang la sabar je time tu kalaw tak memang nak je tangkap gambar report..
Kebanyakkan penjual kat situ memang tak letak tanda harga dan tak bagi kita pilih ikan atau benda yang kita nak beli dorang akan main cedok je bagi so nasib la kalaw kena ikan busuk kan grrrrrrrrrr..Dah tak jadi beloi ikan mama cakap jom la beli ayam,g tempat ayam tak da tanda harga pun sekor2 penjual tunggu time nak ketu harga..Mama tanya la kat sorang ni die cakap sekilo Rm8.50 padahal baru beli seingat mama baru Rm7.90 sekilo..hmmm dah tanya mama ambik je la malas dah nak g tempat lain banyak lagi benda nak settle kan..
So lepas2 ni harap yang baca ni dapat la sedikit info,bukan apa mama rasa selama g pasar basah port dickson dan pasar lain memang best la..Harga murah pastu boleh pilih yang mana kita nak..Lagi 1 setiap jenis mesti ada gred kalaw nak buat makan boleh pilih yang mahal sikit kan,kalaw takat nak buat kuah laksa boleh pilih ikan gred murah sikit.Sebab penjual sendiri akan buat gred setiap jenis ikan tu..Contoh ikan sardin gred A Rm10/kg kalaw gred B Rm8/kg dan Gred C Rm5/kg ha macam ni kan senang buat pilihan,macam kat seremban tu dia campur je semua gred dan jual harga gred A je menipu namaya tu....
Ok la sampai sini je la aduan mama hihihihihihi....jumpe lagi next entry :)
-cheese powder RM17/PAKET(siap pos)-01114801014
Friday, 28 February 2014
APAM BALIK TERBAIK (TEMPAT & MAKANAN YANG BEST DI PORT DICKSON)
Ok mama list kan dari makan pagi sampai ke malam..
1) Sukand's area pekan lama port dickson,dekat dengan bulatan PD tu memang da nampak kedai sebelah kiri..Best dekat sini nasi lemak bungkus atas meja,memang terbaik kalaw lambat memang xsempat la..Bubur nasi dan juga roti bakar sangat2 berbaloi kalaw cuba.
2)Pak Lang kopitiam,dekat pejabat marin pekan lama port dickson..Menu kat sini terbaik roti bakar dengan butter,try la order air limau memang terbaik!!
1) Sukand's nasi ayam dia not bad la ok jugak,tapi yang mama paling rasa sedap sangat2 Mee kari dia..Memang terasa kuah yang meletop tu..
2)Mamak sebelah pejabat pos,macam biasa la kan makan mamak ni..Mee goreng die n nasi lauk dia boleh tahan dekat sini..
3)Mak mah dekat masjid PD pelbagai masakan kampung.
4)Food court masakan panas dekat The Store area PD Waterfront.memang kedai thai dekat sini bukak awal..
5)Food court PD Walk,ada pelbagai masakan panas yang rasa dia ok jugak not bad.
1)Pasar tani depan Giant Lukut hari jumaat.
2)Pasar malam batu empat Port Dickson hari sabtu..Cari la apam balik Haji Jamaris memang terbaik dulu harga Rm1.20 je..tapi start barang naik terus naik sikit2 sekarang dah jadi Rm2..Jangan beli 1 nanti menyesal!!!!Apam Balik terbaik yang pernah mama makan..
3)Restoran Hidayah,masakan panas dia murah dan sedap..Dekat jalan besar dari arah PD ke lukut dia sebelah kiri..Dekat jugak dari lexis,dari lexis ambik kanan hala ke PD dalam 5 minit da nampak..
4)Restoran sri tanjung,betol2 depan jalan masuk lexis dan glory beach resort.Ada gerai satay,burger salai,tauhu bakar dan masakan panas.
5)Steamboat Fazlina dekat batu 6 tak silap,tapi ni je taw steamboat yang sedap dan harga 1 cucuk Rm1..ada lori lain harga tak sama macam kat sini,dan kuah dia sedap taw..
6)Restoran nasi arab D'Oasis..Nasi arab die best dan yang paling mama suka sandwich schawarma..Restoran terletak dekat PD Waterfront dan PD sunggala.
Thursday, 6 February 2014
SERBUK CHEESE MURAH GILERRR (CHEESE POWDER)
Tapi sekarng tak payah susah dah nak g beli coz da simpan stok serbuk cheese ni dekat umah anytime dah boleh makan.Ambik 3 sudu then bancuh je dengan air panas dalam 5 sudu kacau sampai pekat...yummmmyyyyyy!!!
HARGA RM11- 1 PAKET
POS RM6 - 1 HINGGA 3 PAKET
MURAH JE KANNNN...
mesej/whatsapp : 01114801014
Sunday, 2 February 2014
HOTEL NEW HOPE INN PENANG (SELESA DAN MURAH KALAW HOTEL LAIN DAH PENUH)
Al kisah husband mama ni konon nak bawak cuti-cuti hujung tahun kononnye dari kl ke cameron turun penang dan terus ke kedah..Ok la 1st day awal2 pagi kitorang dah bertolak ke cameron dan memang plannig tak stay kat sana just nak round2 and makan strawberry hahahahaha dah lama mengidam strawberry cameron bukan tak boleh beli kat supermarket kan just tekak ni gatal nak makan kat cameron...
Dah round2 dekat MARDI,Pasar Brinchang,Tea BOh Sg Palas,Lavender Valley mama pun turun la dari cameron tu dalam pukul 4 bajet sampai penang dalam pukul 6 la hmmm tak sangka pulak jem sampai la kat penang tu pukul 8 lebih dah la gelap melilau cari hotel nak check in ingat kan banyak la hotel2 bajet tapi tak jumpa pun yang jumpa semua dah penuh..Dari pekan sampai ke Batu Feringgi tak jumpa2 hotel last2 terjumpa la hotel NEW HOPE INN ni tepi jalan area tanjung bungah.Husband mama ape lagi terus tanya ada kosong tak,hmmm memang nasib kitorang la ada lagi bilik kosong.Mula2 tengok macam seram je pastu mama ternampak ada la orang melayu pun check in situ so rasa la lega sikit.
Harga bilik deluxe RM180+ mama tak berapa ingat tapi ok la kan dah la malam perut pun dah lapar gile2 nak makan kat kedai memang dah tak larat sangat kalaw boleh nak rehat dulu..Nasib la seberang jalan hotel ni ada kedai jual nasi dalca husband mama tapaw je RM4 siap ada ayam dengan telur sedap la jugak..Dah lepas makan and solat ape lagi shut down laaaaa..
Nah mama bagi tengok gambar dalam die..Sorry memang tak berapa jelas gambar :)
ni lepas tidur so memang tak cantik dah cadar die hihihihihi |
toilet bersih siap ada shower air panas.. |
ha ni terbaik siap ada mini peti ais taw |
nak masak air panas pun senang dah tersedia kat bilik |
dari depan pintu masuk |
ni depan hotel dari tepi jalan memang dah nampak |
Thursday, 16 January 2014
RESEPI SOS STRAWBERRY
Assalammualaikum..hai...Mama ada resepi nak share ni,resepi sos strawberry..Selalunya sos strawberry ni orang guna untuk makan dengan pancake,waffle atau ais krim hmm memang sedap sgt tambah2 kalaw nak buat minum petang atau dessert untuk orang tersayang..Sos strawberry ni senang dan ringkas yang penting sangat2 sedapp......Mama yang boleh tetiba nak buat sos ni bukan apa,semalam teringin nak makan ais krim ala2 dekat cameron tu..Jadi mama pun buat la sos strawberry ni,strawberry mama beli dekat giant je Rm.7.90 satu bekas kecil 200gm..Ok jom mama bagi resepi :
1) 100gm buah strawberry
2) 7 sudu besar gula
3) air 2 cawan
4) tepung jagung sikit ( 1sudu kecil)
-Cara masak,masuk je semua dan kacau sampai pekat..SENANG je kan ;)
Sunday, 5 January 2014
PROMOSI DOUBLE STEMCELL!!!
Kebaikkan stemcell ni dia akan merawat dari cell kite terus so lagi cepat effect die,haritu kebetulan balik kampung terjumpa pulak dengan sepupu mama yang dah lama tak jumpa,kebetulan die bawak PHYTOSCIENCE DOUBLE STEMCELL ni mama tanya la harga n tengok2 testimoni akhirnyeeee terjebak beli...Mama beli yang pakej silver RM 330 dapat 4 kotak..2 kotak mama bagi kat mak mama suruh die try die asyik letih2,sakit lutut nak tengok la ade perubahan tak makan double stemcell ni die pun ade kencing manis kan so mama harap ok la...
Selepas 3 hari.......mama call mak mama tu tanya macam mana makan ok tak?Alhamdulillah mak mama cakap dah kurang sakit lutut dan rasa segar pagi2 time bangun tidur,sebelum ni die cakap nak bangun tidur memang rase berat je..Mama pulak nampak jugak perubahan kulit mama yang selalu kering dah makin kurang kalaw tidak kejap2 sapu plembap..hehehehehehe...
Kalaw ade yang minat jangan lupe yea jenguk page mama --> APPLE BERRY SHOP
Saturday, 19 October 2013
ISTANA MENANTI BULUSKU
Assalammualaikum....Ya memang lama dah tak buat entri..hahahaha..kemungkiran janji lagi pada diri sendiri :D alaa bukan ape memang bz sangat..sibuk dengan order,sibuk dengan family,sibuk dengan anak bulus..
Nama pun mama kan,mesti la bz kan..so entri ni mama nak tunjuk gambar istana yang di tempah oleh sorang customer ni..Harga murah je taw RM550 tidak termasuk penghantaran..So kalaw nak bagi kucing sayang kat kita cube la beli ni memang kompom sayang kat korang!!!!Ni tips mudah sangat sangat kalaw nak bagi kucing sayang n manja dengan korang..Istana ni ada tempat sembunyi,tempat tidur dan juga tempat mencakar so tak rugi beli dann lagi 1 die ada part yang untuk kitten main nyorok2..Tengok la yea gambar bawah ni..Berminat boleh add fb Pets Playnet atau like page PETS Planet atau mesej no ni 01114801014 ;)