Search This Blog

Saturday, 19 October 2013

ISTANA MENANTI BULUSKU

Assalammualaikum....Ya memang lama dah tak buat entri..hahahaha..kemungkiran janji lagi pada diri sendiri :D alaa bukan ape memang bz sangat..sibuk dengan order,sibuk dengan family,sibuk dengan anak bulus..
Nama pun mama kan,mesti la bz kan..so entri ni mama nak tunjuk gambar istana yang di tempah oleh sorang customer ni..Harga murah je taw RM550 tidak termasuk penghantaran..So kalaw nak bagi kucing sayang kat kita cube la beli ni memang kompom sayang kat korang!!!!Ni tips mudah sangat sangat kalaw nak bagi kucing sayang n manja dengan korang..Istana ni ada tempat sembunyi,tempat tidur dan juga tempat mencakar so tak rugi beli dann lagi 1 die ada part yang untuk kitten main nyorok2..Tengok la yea gambar bawah ni..Berminat boleh add fb Pets Playnet atau like page PETS Planet atau mesej no ni 01114801014 ;)

Wednesday, 18 September 2013

PETUA SAKIT GIGI - GIGI BERLUBANG

Assalammualaikum semua..Sakit gigi Ya Allah...tuhan je tawu sakit dia macam mana,semalam masa mama sarapan tergigit kerang dan terkena pulak gigi yang berlubang memang menangis la kejap..Mama terus telan panadol bagi kurangkan sakit die,sebab masa tu nak ke rumah mak cik mama dekat sentul,kalaw la sakit gigi tu macam mana la nak bercakap kan :(
Dalam masa 4 atau 5 jam tu memang hilang sakit tu,tapi habis je kesan panadol terus sakit..Nasib kali ni mama dah sampai dekat rumah,memang mama mengerang je la sampai keluar air mata..
Disebabkan husband mama tak sanggup tengok mama dalam kesakitan die pun cari petua2 yang sesuai untuk kurangkan sakit gigi..Selepas 5minit husband mama masuk bilik bawak serbuk bunga cengkih yang die buat.Dengan jari yang besar die tu,die ambik sikit serbuk tu terus sumbat dalam gigi mama yang berlubang tu..Rasa serbuk tu pedas2 sikit dan terasa kebas sikit..Selepas 2 kali letak serbuk bunga cengkih semalam Alhamdulillah kitorang dua2 dapat tdo sebab mama da tak sakit..Pagi ni mama bangun tido lansung tak sakit dan boleh buat kerja macam biasa..Mama sangat2 bersyukur yang gigi mama tak sakit lagi,dan dapat suami yang penyayang jaga mama masa mama sakit..
Jadi kalaw korang sakit gigi disebabkan berlubang boleh la cuba dengan serbuk bunga cengkih,senang je ambik dalam 10 bunga cengkih tumbuk2 bagi jadi serbuk lepas tu letak dalam lubang tu..Selamat Mencuba

Thursday, 12 September 2013

CAT BED MURAH - TEMPAT TIDUR UNTUK KUCING KESAYANGAN

Assalammualaikum semua..malam ni tbe2 terpanggil untuk buat entry sikit..Mama nak tawu la kucing korang tidur dekat mana selalunya?kotak?tempat rak kasut?dalam bilik korang?atas katil?hehehehehe anak bulus mama semua suka tidur ats katil mama,haisshhh memang mengda katakan.Mana tak manja dari kecik mama dah manjakan memang slah mama la kan..hehehehehe..Kebetulan haritu ada customer mama nak surh buat design baru untuk kucing die,die bagi mama web untuk mama rujuk design tu.Mama pun terjumpa la satu design tempat tidur yang memang cantik n sangat2 sesuai dengan anak bulus sebab die 3 dalam 1.

Tempat tidur ni dilengkapi tiang untuk mencakar,tempat lepak,dan kotak tempat sembunyi atau tidur..Ciri- ciri yang ada ni buat mama tertarik dan teringin nak buat.Alhamdulillah dah siap pun 1 example model..yeay!!!!!Harga pun mama tak letak mahal2 harga mampu milik je RM220.siap boleh pilih warna yang sesuai untuk match dengan suasana rumah..So if ada sape berminat boleh email mama dekat mypetsplanet05@gmail.com atau pm je dekat fb mama Pets Playnet..Sikit2 je da la mama taip mata pun da ngantuk ni,mama bagi korang tengok gambar yea ^_^

sedapnyaa tidur


tengok ape la tu kan..

chebby memang x bagi peluang yg lain join

Sunday, 8 September 2013

JAGA HATI PELANGGAN ONLINE- PSSSSTT..NAK BISNES ADA CARANYA

Assalamualaikum semua..haiii hari ni mama nak cakap pasal bisnes online ramaikan da mulakan bisnes online ni,atas faktor penambahan pelanggan yang suka beli secara online jugak la kan.Mama sendiri pun kadang suke membeli secara online ni dan mama sendiri juga ada bisnes dalam online.So hari ni mama notice yang ramai nak menjual beli secara online tetapi cara atau adab berkomunikasi tu kurang sikit,macam hari ni mama sangat2 la tak berpuas hati cara penjual ni menjual produk die dan layanan dia.Sedangkan die menjual produk dia sendiri iaitu barangan sendiri yang orang lain tak ada menjualnya lagi,sebagai penjual yang baru dalam dunia online dia perlu tahu bahawa feedback customer memainkan peranan untuk menaikkan nama produknya,tetapi mungkin dengan fikirkan 'aku je jual ni ' 'aku ni ada syarikat' EGO menghantui diri.
Mama tadi hanya ingin comfirm kan tentang status barang yang mama minta pos hari tetapi si penjual tersebut dengan tulisan nya sepeti pertanyaan kita tu menyusahkan dia pula.Hmmmm...Mama rasa memang tak nak la bagi feedback balik lepas guna produk dia tu,sebab dia seperti tidak hargai pelanggan..Salah ke menjawab dengan baik,then nanti bila pengguna puas hati pengguna tu sendiri akan 'recomend' dekat kawan fb atau blog.Tetapi fikiran si penjual tersebut tidak la sampai ke tahap tu mungkin dia pandang tidak serius tentang hal ni..Masalah atitude org (KITA) tak pernah nak berubah.Mama sendiri belajar lagi cara nak berkomunikasi ni,dulu selalu attend customer dekat farmasi pun banyak ragam yang perlu di fahami tapi adat la sebagai pelanggan mereka ada hak,cuma si penjual harus pandai memainkan peranan utnuk menarik minat pelanggan dengan barangan yang ada.Kalaw layanan penjual malas,marah,menyampah nak layan comfirm ramai customer CABUT.

Mama sendiri pernah attend sorang uncle ni mungkin die ber status DATO' memang sangat garang ingat lagi kitorang panggil die uncle nordin,hehehe ni nak cte sikit pasal uncle nordin ni,die ni regular kitorang n masa tu mama yang jaga ubat2 dekat farmasi,kalaw uncle ni datang n ubat yang dia nak tak ada habis la kitorang kena marah,siap ade satu hari tu uncle ni datang n kitorang semua lari  nyorok yang lucunya mama xsempat lari so nyorok bawah meja dekstop je..hahahahahahaha..punya la takot sampai macam tu sekali..Tapi last2 mama kantoi menyorok bawah meja tu tapi sempat cover lagi konon ade barang jatuh mama nak kutip la kononnya..Mungkin uncle tu perasan yang mama ni takot dengan die so die start berlembut dengan mama lepas tu.Mama siap bagi no fon mama lagi so senang die cakap nak ubat je dia akan mesej dulu n mama sediakan je.Sampai mama berenti pun die call mama untuk tanya pendapat tentang supplement heeeeee...Memang tak sangka last2 kitorang dapat berurusan dengan tenang lepas tu.Dan uncle tu sangat2 la baik rupenya,mungkin dulu die marah sebab ubat tak cukup,di sebabkan lepas tu die datang just ambik ubat yang dah tersedia so die hepi n jadi baik..So pengajarn kite kena pandai la handle customer tak kira la macam mana pun sikap pelanngan tu.bak kata omputeh'CUSTOMER ALWAYS RIGHT'..tapi kadang2 menyampah gak dengan pepatah ni..hehehehehe..

 Ok.. da sampai the end ni..

Entry mama ni sekadar untuk peringatan untuk diri mama sendiri dan juga perkongsian bersama,harap satu hari nanti orang (KITA) berjaya bersaing dalam bidang perniagaan seiring bangsa lain.Jauhkan la diri dengan hasad,ego,pentingkan diri dalam perniagaan insyaAllah rezeki kita ada.Percayala rezeki itu bukan dari manusia tetapi semata mata dari ALLAH S.W.T..sampai sini dulu yea :)

 

Wednesday, 4 September 2013

TEMPAT BEST MAKAN KUE TIOW KANTONIS

Assalammualahkum semua..wahh dah khami 5 september harini kan..cuaca dekat sini mendung mendung je,kalaw tarik selimut lepas tu tidur memang sedap la kan..Tapi dari nak pejam mata tak boleh2,last mama bukak la blog buat new entry.Kalaw mendung mendung ni selalu mesti ingat tidur dengan makan je kan?Ni mama nak kongsi tempat mama makan yang best la dan jugak murah sangat sangat,
Korang tawu rawang?Alaa tak kan tak tawu,rawang salah satu tempat di dalam selangor..Dalam 20 minit dari kuala lumpur..Ha ni nak bagitawu,foodcourt dekat TESCO rawang tu memang kaw-kaw la makanan dia..Mama rasa yang terbaik kue tiow kantonis die dah la murah RM6.50 je tapi dapat rasa macam makan dekat restoran mahal2..Lagi satu cuba nasi goreng sotong kung pao die wahhhh memang terangat habis la tambah2 time hujan kan..Mama nak bg review sikit la tempat makan lain yang dalam area tesco tu macam restoran santai dan kfc memang lain sangat..Memang cukup rasa,sebab kfc ni ada sesetengah tempat rasa die kurang 'kick' tu mama suke kfc dekat tesco tu.,Ok mama tinggal kan gambar kue tiow kantonis dekat korang :) selamat menjamu mata..

Monday, 2 September 2013

SEMANGAT BARU SEPTEMBER 2013

Assalamualaikum semua..ha dah berapa bulan kan mama tak buat new entry..comfirm sangat2 blog mama adalah blog terbosan yang pernah korang tengok..hihkhikhik..dah la tak  jalan2 ke blog lain blog sendiri pun terabai,kenapa la malas sangat mama ni kan..Harap sangat nak buat blog best2 dan ada ramai kawan2 blog  tapiiii ade ke nak jadi kawan mama??sape yang sudi tu terima kasih banyak2 taw,sangat hargai korang :)

Mulai september insyaAllah jika mama tidak sibuk sangat mama akan cuba buat new entry paling kurang 2 seminggu hihihihihihihi ok kan dari senyap berbulan2 kan..Mama teringin sangat nak kongsi pengalaman dan jugak resepi2 mama dekat koeang semua,almaklum la kan mama ni kuat makan mesti la kuat masak jugak kan..

Ok mama nak korang wish mama all the best untuk azam baru ni taw....tq semua...luv u all...
ni alvin gemuk(mama xnk jd malas mcm die)

Thursday, 4 July 2013

CAT HOUSE & CAT TREE MURAH SANGAT

Assalamualaikum..hai semua,sihat?harini mama nak buat entri pendek je..Sape ada kucing?Kucing ni sifat die memang suke bermain dan mencakar kan?Mama ada promosi nak buat ni,promosi ni sesuai untuk menghilangkan bosan kucing korang n kurangkan mencakar perabot kesayangan korang..Jom tengok promosi tu →
Jangan lupe like page dekat link ni yea  http://m.facebook.com/profile.php?id=501676646555816

Friday, 28 June 2013

TANDA TANDA KUCING TERKENA RACUN

Assalamualaikum..memang pengalaman yang sangat tak dapat mama lupakan kucing mama terkena racun samada di racun atau terkena racun sangat2 perit rasanya..
Ok ni mama nakbagi sikit info macam mana nak tahu kucing korang termakan racun..Mama buat dalam bentuk point je la yea sebab mesti anatara yang baca entri ni kucing dah terkena racun so mama nak simple kan keje korang tak payah baca panjang2(pengalaman sendiri nak tengok  info klinik haiwan tapi last tak ada just gambar je bertajuk  hmm)..Ok ni die tanda2 kucing terkena racun..

1) Suhu badan meningkat(panas) mendadak./Demam
2)Air liur berlebihan keluar dari mulut(berbau busuk.
3)Lidah terdapat putih2 yang banyak/sakit
4)Anggota badan lemah/tak mampu berjalan
5)Tidak mahu minum atau makn(lidah yanag sakit)

Ni mama nak bagi petua kalaw perkara di atas berlaku pada kucing korang tolong cepat2 bagi rawatan kalaw boleh terus ke klinik haiwan tapi kalaw kalaw klinik haiwan da tutup cepat bagi rawatan macam ni

1)Bersihkan mulut kucing gunakan banyak air
2)Bagi air kelapa(sangat menbantu atas pengalaman sendiri)
3)Bagi die minum banyak air walaupun die menolak,dengan cara korang guna syringe atau straw
4)Bersih kan bahagian badan yang lain takut terdapat kesan racun yang melekat
5)Segera ke klinik atau kedai haiwan yang ada  vet untuk rawatan selanjut

Kucing yang diracun kena mendapatkan rawatan serta merta,mereka hanya boleh bertahan sampai 3 hari sahaja..Kucing mama boy dah pergi selamanya dan tak sempat dirawat jumpa die depan pintu rumah dah tak barnyawa :"( mungkin die kecik lagi so tak tahan dengan racun tu..Alhamdulillah mimi sekarang dah cergas balik macam biasa selepas dapat rawatan dengan vet..

So harap korang sume dapat la sikit info dari entri mama ni yea..sampai sini dulu..dada..

Jangan lupa yea like PAGE PETS Planet boleh tengok pet furniture murah2 :) ni link die http://www.facebook.com/pages/PETS-Planet/501676646555816?ref=tn_tnmn

Sunday, 23 June 2013

KLINIK HAIWAN CHANGLUN UTARA MALAYSIA

Assalamualaikum...ya Allah mule2 mama nak ucapkan syukur sgt2 kepada ilahi sebab kucing mama mimi yang ada di kampung telah dapat di selamatkan dari racun yang telah di beri oleh budak2 nakal kawasan kejiranan..
Buat kali pertama mama runsing tambah dengan kesedihan tahap terlampau sebab hari pertama dapat tawu mimi kena racun tak dapat minum dan makan..Mama risau sangat2 sebab mak mama tak reti nak uruskan dan lagi satu tak tawu dekat mana ada klinik vet yang terdekat,yang mama tawu di alor setar je yang kerajanan dekat jalan datuk kumbar..Mama menangis malam tu jugak sebab memang tak tahan sedih bile tawu mimi sakit..
Semalam(22.6.13) adik mama konvo di kuantan so kitorang adik beradik gathering la masa tu la kitorang decide suruh adik ketiga(eka) blik ke kedah esok pagi jugak suruh bawak mimi ke klinik..
Alhamdulillah dalam pukul 5petang eka sampai di changlun utara malaysia..Eka diambil oleh mak kawan dia dan terus ambil mimi bawa ke klinik..kebetulan kawan eka bagi info dekat area changlun pun ada klinik haiwan baru buka..Lega sangat2 sebab dekat dengan rumah,so eka pun hantar la dekat sana..mule2 plan nak hantar dekat jitra,ada vet jugak area TANAH MERAH..so kalaw ada emergency korang boleh la bawak g shop lot no 66 belakang masjid tanah merah..
Ok sambung cerita mimi,eka bawak la g vet yang dekat changlun tu..vet mengesahkan mimi kena racun,demam dan selsema,mimi di beri suntikan dan rawatan yang sesuai dengan keadaan die..Alhamdulillah setel jugak hal mimi ni,ok vet yang mama cakap ni kalaw dari lampu isyarat utama di changlun kalaw dari arah alor setar ambik sebelah kanan dan terus dalam 5minit pandang kiri korang akan nampak dekat area shop lot tu..sori la mama tak tawu nama kdai tu dan tak tawu alamat betol..so kalaw ada emergency pasal kucing atau pet korang boleh la g vet dekat vet tu..sebelum ni memang tak ada vet area changlun,nasib la ada insan yang nak bukak kat changlun so ada la tempat nak bawak pets buat rawatan..ok sampai sini dulu taw..

Tuesday, 18 June 2013

MIANG KHAM (DAUN KADUK MAKANAN THAI)

Assalammualaikum...hai..hai...harini mama rajin sikit nak menulis pasal makanan..ok ok nak tanya kat sini sape penah try makan miang kham ni???Sedap taw uols...rugi kalaw pegi sempadan atau negara thailand tak try makan benda ni..

Miang Kham dalam bahasa thai dalam bahasa melayu tak tawu la ape sebab kat malaysia ni tak ada..Sebenarnye miang kham ni 'starter' yang popular d negara jiran kita..Ape bahan2 miang kham yea?mesti korang nak tawu kan..ok untuk korang nampak lebih jelas mama bagi tengok gambar dulu..

Ok mama bagi bahan2 miang kham ni yea..so korang boleh la cube ;)

BAHAN-BAHAN MIANG KHAM
1) Daun kaduk muda
2)Kacang tanah yg d goreng tnpa myak
3)Halia d ptg kiub kecik2
4)Limau nipis d ptg kiub kecik2
5)Cili api d hiris halus2
6)Kelapa goreng
7)Sos cicah buah thai
8)Udang kering d sangai
9)Bawang besar d ptg kiub kecik2

Cara makan,korang bentukkan daun kaduk menjadi bentuk kon then masukkan semua bahan2 dalam die ikut kesukaan korang la kalaw nak pedas letak la cili tu lebih..Ha simple kan miang kham ni dan sangat sedap tak lupa miang kham ni boleh jadi awet muda taw sebab bahan2 sumenye mentah ala2 ulam la tapi ni versi one bite trus masuk mulut..
Ok sampai sini je,any idea atau komen jangan malu2 tulis yea..

Monday, 17 June 2013

JANGKITAN PADA TELINGA KUCING

Assalamualaikum..Hari nie mama nak share sikit pasal jangkitan pada telinga kucing..Kisah die mula macam ni,hehehe ayat tak boleh blah..Hari tu mama ni sibuk je memanjang so terlepas pandang la sikit baby kat umah..Dah sibuk buat tempahan satu hal lagi sibuk balik kampung,yea la dah lama tak balik makengengo kat kampung dah bising..

So disebabkan masa yang agak rush sana rush sini maka baby kat umah terabai sikit huhuhuhu sedih sangat n selalu mama minta maaf kat dorang..Ok cte pasal jangkitan kat telinga ni,mula2 mama tengok mmg ade macam earwax je kat telinga dorang ni tapi makin lama makin bnyak walaupun dah cuci gune kapas..Bile balik je dari kampung tengok oreo dgn buyat dah kne kurap kat tepi telinga n badan..so g la kedai pets tanya ubat telinga..so die suh titik kan UBAT TELINGA CLOTRIN tp dkt kdai pets mahal ckit harga RM18 so mama tengok je dkt botol dah twu ni ni dekat farmasi pun ade.Jadi mam g farmasi dapt RM9 je..hehehehe..Alhamdulillah ade ilmu pasal ubt ni x rugi ambik diploma dulu..

Balik je rumah mama mandikan dorang dengan shampoo khas untuk ade kurap then keringkan dorang..dah kering mama titiskan la ubat teling tu..Esoknye pun mama titskan lagi,tempat yang berkurap tu mama letak minyak gamat.Lepas 5hari alhamdulillah semua hilang kurap dengan earmite pun tak de..tempat ken kurap tu langsung tak nampak kesan macam penah ade kurap..fuhhhhh lega sangat2..bukan ape kat tepi telinga buyat tu dah luka n teruk je rasenye,tapi tak sangka dalam 5 hari je sembuh terus n tak nampak kesan langsung..

So kalaw kucing korang ade earmite cepat2 g beli ubat telinga then titiskan insyaAllah cepat sembuh,n ubat kurap paling mujarab adalah minyak gamat..kalaw nak cepat berkesan better mandikan dulu dengan antifungal shampoo then sapu minyak gamat tu sehari 2 atau 3 kali..

NAK TENGOK GAMBAR BUYAT YANG DAH SEMBUH BOLEH KE PAGE MAMA DI LINK NI https://www.facebook.com/pages/PETS-Planet/501676646555816?ref=ts&fref=ts

Friday, 14 June 2013

DIY CAT TOWER CANTIK

Assalamualaikum..lama mama tak update kan..hai maklum la nama pun mama busy memanjang la kan..
Ni mama nk tunjuk perabot untuk kucing,dah la cantik simple pulak tu..kalaw rajin boleh la u ols DIY je,tapi kalaw malas ape lagi tempah la kt mama okeh :)
Harga die ikt saiz kalaw mcm dlm gmbr tggi die 4 kaki so Harga Rm280 je,xpyh korang pnat2 berpeluh nk buat..hehehe..kalaw minat boleh la call atau message kt number ni 01114801014..
Jangan lupe taw like PETS Planet dkt fb korang :)

Wednesday, 10 April 2013

RABBIT HOUSE / CAT HOUSE FOR SALE

MARII...MARII....jom tengok new produk mama...ni ha ade org tempah cat tree house so mama buat rumah die nie dulu..so kalaw ade sesiapa nak tempah boleh la yang kosong tak di cat lagi mama offer RM65 JER..tapi kalaw yang da di cat RM80..murahhhh la tu..cube korang g pet shop dapat ke bwh 100..hmmm :( tak kan jawabnye..jom jom g fesbuk like sekali taw!!!!!!!   http://www.facebook.com/pages/PETS-Planet/501676646555816?ref=tn_tnmn

owh kelebaran die (tinggi)35 x 50 x50 cm




Thursday, 4 April 2013

PUPPY HOUSE

Assalammualaikum..huh tajuk da pelik ni????hehehehehe nama pun  terima ape jenis tempahan untuk pets so x kire puppy ke hamster ke arnab ke..kan..kan..kan..kan..

Ha mam nk tunjuk ni lagi 1 produk yang bru siap semalam n trus hantar kt tuan die,alaa jiran dekat umh je..die ade adopt puppy die berkenan sangat tgk cat house kitorang so die pun dtg tanya boleh buat untuk puppy die x?JAWABNYE.....BOLEH!!!!!!...hehehehehehe..ni la hasilnye :)



http://www.facebook.com/pages/PETS-Planet/501676646555816 ni link ke facebook mama taw.kat sana banyak lagi yang menarik :) jom la like :)

Wednesday, 3 April 2013

RUMAH KUCING/PLAY BOX KUCING

Assalammualaikum....selamat pagi,hmmm ngantok lg ni sebenarnyer..hehehehehe..semalam melayan anak bulus katakan masing2 dah comel n sgt2 mengada..

Mama nk update ni play box dah siap example,sekarang ni tunggu terima tempahan aje..Nak share la ckit mse tgah siapkan box2 tu amboi masing2 dah try masuk siap duduk dlm xmaw keluar,adoiiiii comelnyeeee dorang ni geram je rase..










ni la gambar2 anak bulus mama mase tgh susun play box dlm rumah..hehehehe..



UNTUK TEMPAHAN BOLEH TENGOK DEKAT FB PETS Planet ATAU EMAILKAN KE MYPETSPLANET05@GMAIL.COM :)

Saturday, 30 March 2013

RUMAH2 HAIWAN HANDMADE UNTUK DI JUAL

Assalammualaikum semua..uuuuiiiissshhhhhh lama btol tak meng update blog mama ni..tu la sibuk dengan anak2 bulus 9 ekor tu,kenduri lagi,balik kampung lagi then terbaru simbam dah beranak lagi dari 6 ekor tinggal 4ekor je lagi 2 dah mati..hhuhuhuhuhu :( sedey sangat2..

Ok nak bagitawu ni mama on new projek ni,mama sekarang terima tempahan untuk buat rumah atau tempat relax2 untuk haiwan kesayangan.hehehehe mama dapat idea ni dah lama zaman bela simbam dulu lagi,tym tu nak beli cat tree amboooiiiiii mahal btol harga die sampai 5ratus..huhuhuhu tak mampu rasenye...So mama ni rase ramai jugak mama n papa yang kat luar sana nak tengok anak2 bulus korang ade tempat main kan???

Jadinye mama decide nak buatkan untuk korang tempat main2 anak bulus dengan harga yang mampu milik,comel n dengan design yang korang suke..

Hari ni mama tunjukkan 2 contoh 1 untuk sugar glider n lagi 1 untuk kucing :)

Mama akan buat penghantaran sekitar shah alam,klang,rawang,k.l,seremban,melaka muar n kadang ke utara :) cas penghantaran bermula rm5 sahaja..KORANG BOLEH DESIGN N EMAILKAN KAT MAMA,kalaw papa mampu buat kitorang akan buatkan :) harga boleh runding...


HARGA UNTUK BOX KUCING NI TANPA CAT RM 40
HARGA UNTUK BOX KUCING NI KALAW DAH DI CAT RM 55

 HARGA RUMAH SUGAR GLIDER TERMASUK TEMPAT MAIN DI DALAM TU(RUMAH KECIL N KAYU) RM 260
MAHAL CKIT DGN MATERIAL PLASTIK KAT DEPAN TU SO BOLEH NAMPAK ANAK2 MAIN..HEHEHEHE..

Monday, 21 January 2013

Tanda-Tanda Kucing Demam(Mata Merah + Bengkak)

Phew phew....Busy sesangat!!!!anak demam(simbam)!!!!!
Mula mula yg tawu simbam demam macam ni,mata die merah tak bengkak lagi tp ada bersin sikit2..Tak da risau sangat ingatkan panas and kurang air,tp esoknya tengok da bengkak mata sebelah kanan,ada tahi mata jugak.huhuhu punya la risau..Pagi2 je dah bawak g vet dkat PD..Nama vet 2 KLINIK HAIWAN PORT DICKSON,die tutup ari jumaat sahaja..servis kat situ ok la,simbam n anak die ktorang bawak then kne injection sume bil RM80 ok la kan..
So korang nak tawu kenapa mata kucing merah,berair,bertahi dan bengkak????ni sume gejala demam n tak boleh di biarkan better cepat2 bawak g vet tambah2 ada kaitan mata..

http://www.facebook.com/pages/PETS-Planet/501676646555816?ref=tn_tnmn

Wednesday, 9 January 2013

Buku Asb Hilang????Cara Senang Nak Buat Baru

Assalammualaikum....wahh best betol cuaca arine pg khamis mendung2 ada bunyi burung tenang sesangat..
Ok ni ha mama nak cerite sikit pasal buku asb,nowadays ramai dah ada akaun asb kan???mama dah ada buku ni since umur 19 coz mase tu kne buat buku untuk senang family nk msukkan duet blanja blaja..hehehe..da bt je akaun bank n ada kad atm da gne buku asb lg..Bile dah tak gune tawu la kan,kompem campak merata.hahahaha..Lepas dari tu buku asb dah xda dalam kepala dah..
So after 3 years later mama dah pun bkerja n brminat la nak buat pinjaman Asb dgn bank.mama pilih rhb bank untuk buat pnjaman tu,sebab??sebab bank rhb paling dkat n sgt2 senang nak bt urusan..for mama la..ok ble mase bt pinjaman tu dorang dah tnya ada tak buku asb,mama jawab ada tp dah hilang,Dorang pun offer nak tolong bt yang baru..tapi last2 xdapat jugak buku mama,adeh la pnat jugak memikirkan,dah la mama bru pindah ke PD so jauh dgn tmpt mama buat buku tu.hmm so biar lagi...
Hah!!!!dah december mula la pk pasal dividen kan,tapi pk blik buku tak da mcm mana nak kuarkan duet dividen???Mama pun google mcm mana kalaw buku asb hilang..mcam2 yang keluar,ada cakap kena buat report la,dan mcm2 lagi..Ada jugak yang cakap lepas buat buku akaun di bekukan 10 hari.pening jugak kepala mama mase tu..
Ok ni ha mama nak bg tawu hal sebenarnye kalaw buku Asb korang hilang..Mule mule cari la agen SPNB yang trdekat dgn bandar korang,ble dah jumpe kat mane,set tarikh or hari korang nak g..Bangun pagi,gosok gigi mandi hehehehe...Korang kne bwk duet RM20 dan jugak IC korang,dah smpai sana g je kat kaunter ambik no kat situ mesti ada guard yang jage no glran..so cakap kat die sy nak buat buku asb yang dah hilang.Die akan bg 1 borang n korang isi la betol2 yea,dah siap tggu je giliran..Dah setel....ok nak jelaskan pasal akaun dibekukan ke tak ni???ni nak cerite kes mama..
Mama nak buat buku aritu dah tlewat coz bulan 12 dorang akan buat update asb ni,so tak leh buat ape2 time tu.mama pun g je ambik borang untuk buku hilang..mama tanya ble leh buat buku baru,diorang cakap awal tahun 2 aribulan dah leh buat..mama tanya betol ke kalaw sy buat buku,akaun sy d bekukan 10hari.?(dalam ati nak sgt gne duet ni) tp pegawai kat situ jawab tak lah,sape cakap..lepas je buat buku u ada hak nak buat ape pun..ha lega dengar dorang jawab mcm tu..
So 4 haribulan 1 aritu mama pun g la buat buku bru,n terus kuarkan dividen.Alhamdulillah selesai semuanye dengan tenang n selamat.hehehehe..senang je pun tak susah pun!!!

http://www.facebook.com/pages/PETS-Planet/501676646555816?ref=tn_tnmn



Saturday, 5 January 2013

Welcome 2013

hai hai hai.....wah da lame btol tak bukak belog mama ni,bz sesangat..Mula mula yang jadi bz sebab si jantung hati mama demam panas yang serius,makan ubat pun tak kebah..so mama berjaga la kan,dengan anak2 bulus lagi.hewhewhew..
Lepas je si jantung hati kebah demam,mama pulak yang demam mane la nak bukak belog kan.huhuhuhu...Da baek je demam bz pulak g kenduri tawen kat kampung.,bile kat kampung je tawu la line tenet pulak buat hal.hadoiyaii...
Ok sempena tahun baru ni mama nak ada azam baru yang boleh jadikan hidup mama d samping family lebih bahagia dan sentiasa d jalanNya..amin...
so nk pos cket gambar bulus d tahun 2013