Search This Blog

Wednesday, 18 September 2013

PETUA SAKIT GIGI - GIGI BERLUBANG

Assalammualaikum semua..Sakit gigi Ya Allah...tuhan je tawu sakit dia macam mana,semalam masa mama sarapan tergigit kerang dan terkena pulak gigi yang berlubang memang menangis la kejap..Mama terus telan panadol bagi kurangkan sakit die,sebab masa tu nak ke rumah mak cik mama dekat sentul,kalaw la sakit gigi tu macam mana la nak bercakap kan :(
Dalam masa 4 atau 5 jam tu memang hilang sakit tu,tapi habis je kesan panadol terus sakit..Nasib kali ni mama dah sampai dekat rumah,memang mama mengerang je la sampai keluar air mata..
Disebabkan husband mama tak sanggup tengok mama dalam kesakitan die pun cari petua2 yang sesuai untuk kurangkan sakit gigi..Selepas 5minit husband mama masuk bilik bawak serbuk bunga cengkih yang die buat.Dengan jari yang besar die tu,die ambik sikit serbuk tu terus sumbat dalam gigi mama yang berlubang tu..Rasa serbuk tu pedas2 sikit dan terasa kebas sikit..Selepas 2 kali letak serbuk bunga cengkih semalam Alhamdulillah kitorang dua2 dapat tdo sebab mama da tak sakit..Pagi ni mama bangun tido lansung tak sakit dan boleh buat kerja macam biasa..Mama sangat2 bersyukur yang gigi mama tak sakit lagi,dan dapat suami yang penyayang jaga mama masa mama sakit..
Jadi kalaw korang sakit gigi disebabkan berlubang boleh la cuba dengan serbuk bunga cengkih,senang je ambik dalam 10 bunga cengkih tumbuk2 bagi jadi serbuk lepas tu letak dalam lubang tu..Selamat Mencuba

Thursday, 12 September 2013

CAT BED MURAH - TEMPAT TIDUR UNTUK KUCING KESAYANGAN

Assalammualaikum semua..malam ni tbe2 terpanggil untuk buat entry sikit..Mama nak tawu la kucing korang tidur dekat mana selalunya?kotak?tempat rak kasut?dalam bilik korang?atas katil?hehehehehe anak bulus mama semua suka tidur ats katil mama,haisshhh memang mengda katakan.Mana tak manja dari kecik mama dah manjakan memang slah mama la kan..hehehehehe..Kebetulan haritu ada customer mama nak surh buat design baru untuk kucing die,die bagi mama web untuk mama rujuk design tu.Mama pun terjumpa la satu design tempat tidur yang memang cantik n sangat2 sesuai dengan anak bulus sebab die 3 dalam 1.

Tempat tidur ni dilengkapi tiang untuk mencakar,tempat lepak,dan kotak tempat sembunyi atau tidur..Ciri- ciri yang ada ni buat mama tertarik dan teringin nak buat.Alhamdulillah dah siap pun 1 example model..yeay!!!!!Harga pun mama tak letak mahal2 harga mampu milik je RM220.siap boleh pilih warna yang sesuai untuk match dengan suasana rumah..So if ada sape berminat boleh email mama dekat mypetsplanet05@gmail.com atau pm je dekat fb mama Pets Playnet..Sikit2 je da la mama taip mata pun da ngantuk ni,mama bagi korang tengok gambar yea ^_^

sedapnyaa tidur


tengok ape la tu kan..

chebby memang x bagi peluang yg lain join

Sunday, 8 September 2013

JAGA HATI PELANGGAN ONLINE- PSSSSTT..NAK BISNES ADA CARANYA

Assalamualaikum semua..haiii hari ni mama nak cakap pasal bisnes online ramaikan da mulakan bisnes online ni,atas faktor penambahan pelanggan yang suka beli secara online jugak la kan.Mama sendiri pun kadang suke membeli secara online ni dan mama sendiri juga ada bisnes dalam online.So hari ni mama notice yang ramai nak menjual beli secara online tetapi cara atau adab berkomunikasi tu kurang sikit,macam hari ni mama sangat2 la tak berpuas hati cara penjual ni menjual produk die dan layanan dia.Sedangkan die menjual produk dia sendiri iaitu barangan sendiri yang orang lain tak ada menjualnya lagi,sebagai penjual yang baru dalam dunia online dia perlu tahu bahawa feedback customer memainkan peranan untuk menaikkan nama produknya,tetapi mungkin dengan fikirkan 'aku je jual ni ' 'aku ni ada syarikat' EGO menghantui diri.
Mama tadi hanya ingin comfirm kan tentang status barang yang mama minta pos hari tetapi si penjual tersebut dengan tulisan nya sepeti pertanyaan kita tu menyusahkan dia pula.Hmmmm...Mama rasa memang tak nak la bagi feedback balik lepas guna produk dia tu,sebab dia seperti tidak hargai pelanggan..Salah ke menjawab dengan baik,then nanti bila pengguna puas hati pengguna tu sendiri akan 'recomend' dekat kawan fb atau blog.Tetapi fikiran si penjual tersebut tidak la sampai ke tahap tu mungkin dia pandang tidak serius tentang hal ni..Masalah atitude org (KITA) tak pernah nak berubah.Mama sendiri belajar lagi cara nak berkomunikasi ni,dulu selalu attend customer dekat farmasi pun banyak ragam yang perlu di fahami tapi adat la sebagai pelanggan mereka ada hak,cuma si penjual harus pandai memainkan peranan utnuk menarik minat pelanggan dengan barangan yang ada.Kalaw layanan penjual malas,marah,menyampah nak layan comfirm ramai customer CABUT.

Mama sendiri pernah attend sorang uncle ni mungkin die ber status DATO' memang sangat garang ingat lagi kitorang panggil die uncle nordin,hehehe ni nak cte sikit pasal uncle nordin ni,die ni regular kitorang n masa tu mama yang jaga ubat2 dekat farmasi,kalaw uncle ni datang n ubat yang dia nak tak ada habis la kitorang kena marah,siap ade satu hari tu uncle ni datang n kitorang semua lari  nyorok yang lucunya mama xsempat lari so nyorok bawah meja dekstop je..hahahahahahaha..punya la takot sampai macam tu sekali..Tapi last2 mama kantoi menyorok bawah meja tu tapi sempat cover lagi konon ade barang jatuh mama nak kutip la kononnya..Mungkin uncle tu perasan yang mama ni takot dengan die so die start berlembut dengan mama lepas tu.Mama siap bagi no fon mama lagi so senang die cakap nak ubat je dia akan mesej dulu n mama sediakan je.Sampai mama berenti pun die call mama untuk tanya pendapat tentang supplement heeeeee...Memang tak sangka last2 kitorang dapat berurusan dengan tenang lepas tu.Dan uncle tu sangat2 la baik rupenya,mungkin dulu die marah sebab ubat tak cukup,di sebabkan lepas tu die datang just ambik ubat yang dah tersedia so die hepi n jadi baik..So pengajarn kite kena pandai la handle customer tak kira la macam mana pun sikap pelanngan tu.bak kata omputeh'CUSTOMER ALWAYS RIGHT'..tapi kadang2 menyampah gak dengan pepatah ni..hehehehehe..

 Ok.. da sampai the end ni..

Entry mama ni sekadar untuk peringatan untuk diri mama sendiri dan juga perkongsian bersama,harap satu hari nanti orang (KITA) berjaya bersaing dalam bidang perniagaan seiring bangsa lain.Jauhkan la diri dengan hasad,ego,pentingkan diri dalam perniagaan insyaAllah rezeki kita ada.Percayala rezeki itu bukan dari manusia tetapi semata mata dari ALLAH S.W.T..sampai sini dulu yea :)

 

Wednesday, 4 September 2013

TEMPAT BEST MAKAN KUE TIOW KANTONIS

Assalammualahkum semua..wahh dah khami 5 september harini kan..cuaca dekat sini mendung mendung je,kalaw tarik selimut lepas tu tidur memang sedap la kan..Tapi dari nak pejam mata tak boleh2,last mama bukak la blog buat new entry.Kalaw mendung mendung ni selalu mesti ingat tidur dengan makan je kan?Ni mama nak kongsi tempat mama makan yang best la dan jugak murah sangat sangat,
Korang tawu rawang?Alaa tak kan tak tawu,rawang salah satu tempat di dalam selangor..Dalam 20 minit dari kuala lumpur..Ha ni nak bagitawu,foodcourt dekat TESCO rawang tu memang kaw-kaw la makanan dia..Mama rasa yang terbaik kue tiow kantonis die dah la murah RM6.50 je tapi dapat rasa macam makan dekat restoran mahal2..Lagi satu cuba nasi goreng sotong kung pao die wahhhh memang terangat habis la tambah2 time hujan kan..Mama nak bg review sikit la tempat makan lain yang dalam area tesco tu macam restoran santai dan kfc memang lain sangat..Memang cukup rasa,sebab kfc ni ada sesetengah tempat rasa die kurang 'kick' tu mama suke kfc dekat tesco tu.,Ok mama tinggal kan gambar kue tiow kantonis dekat korang :) selamat menjamu mata..

Monday, 2 September 2013

SEMANGAT BARU SEPTEMBER 2013

Assalamualaikum semua..ha dah berapa bulan kan mama tak buat new entry..comfirm sangat2 blog mama adalah blog terbosan yang pernah korang tengok..hihkhikhik..dah la tak  jalan2 ke blog lain blog sendiri pun terabai,kenapa la malas sangat mama ni kan..Harap sangat nak buat blog best2 dan ada ramai kawan2 blog  tapiiii ade ke nak jadi kawan mama??sape yang sudi tu terima kasih banyak2 taw,sangat hargai korang :)

Mulai september insyaAllah jika mama tidak sibuk sangat mama akan cuba buat new entry paling kurang 2 seminggu hihihihihihihi ok kan dari senyap berbulan2 kan..Mama teringin sangat nak kongsi pengalaman dan jugak resepi2 mama dekat koeang semua,almaklum la kan mama ni kuat makan mesti la kuat masak jugak kan..

Ok mama nak korang wish mama all the best untuk azam baru ni taw....tq semua...luv u all...
ni alvin gemuk(mama xnk jd malas mcm die)