Search This Blog

Friday 28 June 2013

TANDA TANDA KUCING TERKENA RACUN

Assalamualaikum..memang pengalaman yang sangat tak dapat mama lupakan kucing mama terkena racun samada di racun atau terkena racun sangat2 perit rasanya..
Ok ni mama nakbagi sikit info macam mana nak tahu kucing korang termakan racun..Mama buat dalam bentuk point je la yea sebab mesti anatara yang baca entri ni kucing dah terkena racun so mama nak simple kan keje korang tak payah baca panjang2(pengalaman sendiri nak tengok  info klinik haiwan tapi last tak ada just gambar je bertajuk  hmm)..Ok ni die tanda2 kucing terkena racun..

1) Suhu badan meningkat(panas) mendadak./Demam
2)Air liur berlebihan keluar dari mulut(berbau busuk.
3)Lidah terdapat putih2 yang banyak/sakit
4)Anggota badan lemah/tak mampu berjalan
5)Tidak mahu minum atau makn(lidah yanag sakit)

Ni mama nak bagi petua kalaw perkara di atas berlaku pada kucing korang tolong cepat2 bagi rawatan kalaw boleh terus ke klinik haiwan tapi kalaw kalaw klinik haiwan da tutup cepat bagi rawatan macam ni

1)Bersihkan mulut kucing gunakan banyak air
2)Bagi air kelapa(sangat menbantu atas pengalaman sendiri)
3)Bagi die minum banyak air walaupun die menolak,dengan cara korang guna syringe atau straw
4)Bersih kan bahagian badan yang lain takut terdapat kesan racun yang melekat
5)Segera ke klinik atau kedai haiwan yang ada  vet untuk rawatan selanjut

Kucing yang diracun kena mendapatkan rawatan serta merta,mereka hanya boleh bertahan sampai 3 hari sahaja..Kucing mama boy dah pergi selamanya dan tak sempat dirawat jumpa die depan pintu rumah dah tak barnyawa :"( mungkin die kecik lagi so tak tahan dengan racun tu..Alhamdulillah mimi sekarang dah cergas balik macam biasa selepas dapat rawatan dengan vet..

So harap korang sume dapat la sikit info dari entri mama ni yea..sampai sini dulu..dada..

Jangan lupa yea like PAGE PETS Planet boleh tengok pet furniture murah2 :) ni link die http://www.facebook.com/pages/PETS-Planet/501676646555816?ref=tn_tnmn

Sunday 23 June 2013

KLINIK HAIWAN CHANGLUN UTARA MALAYSIA

Assalamualaikum...ya Allah mule2 mama nak ucapkan syukur sgt2 kepada ilahi sebab kucing mama mimi yang ada di kampung telah dapat di selamatkan dari racun yang telah di beri oleh budak2 nakal kawasan kejiranan..
Buat kali pertama mama runsing tambah dengan kesedihan tahap terlampau sebab hari pertama dapat tawu mimi kena racun tak dapat minum dan makan..Mama risau sangat2 sebab mak mama tak reti nak uruskan dan lagi satu tak tawu dekat mana ada klinik vet yang terdekat,yang mama tawu di alor setar je yang kerajanan dekat jalan datuk kumbar..Mama menangis malam tu jugak sebab memang tak tahan sedih bile tawu mimi sakit..
Semalam(22.6.13) adik mama konvo di kuantan so kitorang adik beradik gathering la masa tu la kitorang decide suruh adik ketiga(eka) blik ke kedah esok pagi jugak suruh bawak mimi ke klinik..
Alhamdulillah dalam pukul 5petang eka sampai di changlun utara malaysia..Eka diambil oleh mak kawan dia dan terus ambil mimi bawa ke klinik..kebetulan kawan eka bagi info dekat area changlun pun ada klinik haiwan baru buka..Lega sangat2 sebab dekat dengan rumah,so eka pun hantar la dekat sana..mule2 plan nak hantar dekat jitra,ada vet jugak area TANAH MERAH..so kalaw ada emergency korang boleh la bawak g shop lot no 66 belakang masjid tanah merah..
Ok sambung cerita mimi,eka bawak la g vet yang dekat changlun tu..vet mengesahkan mimi kena racun,demam dan selsema,mimi di beri suntikan dan rawatan yang sesuai dengan keadaan die..Alhamdulillah setel jugak hal mimi ni,ok vet yang mama cakap ni kalaw dari lampu isyarat utama di changlun kalaw dari arah alor setar ambik sebelah kanan dan terus dalam 5minit pandang kiri korang akan nampak dekat area shop lot tu..sori la mama tak tawu nama kdai tu dan tak tawu alamat betol..so kalaw ada emergency pasal kucing atau pet korang boleh la g vet dekat vet tu..sebelum ni memang tak ada vet area changlun,nasib la ada insan yang nak bukak kat changlun so ada la tempat nak bawak pets buat rawatan..ok sampai sini dulu taw..

Tuesday 18 June 2013

MIANG KHAM (DAUN KADUK MAKANAN THAI)

Assalammualaikum...hai..hai...harini mama rajin sikit nak menulis pasal makanan..ok ok nak tanya kat sini sape penah try makan miang kham ni???Sedap taw uols...rugi kalaw pegi sempadan atau negara thailand tak try makan benda ni..

Miang Kham dalam bahasa thai dalam bahasa melayu tak tawu la ape sebab kat malaysia ni tak ada..Sebenarnye miang kham ni 'starter' yang popular d negara jiran kita..Ape bahan2 miang kham yea?mesti korang nak tawu kan..ok untuk korang nampak lebih jelas mama bagi tengok gambar dulu..

Ok mama bagi bahan2 miang kham ni yea..so korang boleh la cube ;)

BAHAN-BAHAN MIANG KHAM
1) Daun kaduk muda
2)Kacang tanah yg d goreng tnpa myak
3)Halia d ptg kiub kecik2
4)Limau nipis d ptg kiub kecik2
5)Cili api d hiris halus2
6)Kelapa goreng
7)Sos cicah buah thai
8)Udang kering d sangai
9)Bawang besar d ptg kiub kecik2

Cara makan,korang bentukkan daun kaduk menjadi bentuk kon then masukkan semua bahan2 dalam die ikut kesukaan korang la kalaw nak pedas letak la cili tu lebih..Ha simple kan miang kham ni dan sangat sedap tak lupa miang kham ni boleh jadi awet muda taw sebab bahan2 sumenye mentah ala2 ulam la tapi ni versi one bite trus masuk mulut..
Ok sampai sini je,any idea atau komen jangan malu2 tulis yea..

Monday 17 June 2013

JANGKITAN PADA TELINGA KUCING

Assalamualaikum..Hari nie mama nak share sikit pasal jangkitan pada telinga kucing..Kisah die mula macam ni,hehehe ayat tak boleh blah..Hari tu mama ni sibuk je memanjang so terlepas pandang la sikit baby kat umah..Dah sibuk buat tempahan satu hal lagi sibuk balik kampung,yea la dah lama tak balik makengengo kat kampung dah bising..

So disebabkan masa yang agak rush sana rush sini maka baby kat umah terabai sikit huhuhuhu sedih sangat n selalu mama minta maaf kat dorang..Ok cte pasal jangkitan kat telinga ni,mula2 mama tengok mmg ade macam earwax je kat telinga dorang ni tapi makin lama makin bnyak walaupun dah cuci gune kapas..Bile balik je dari kampung tengok oreo dgn buyat dah kne kurap kat tepi telinga n badan..so g la kedai pets tanya ubat telinga..so die suh titik kan UBAT TELINGA CLOTRIN tp dkt kdai pets mahal ckit harga RM18 so mama tengok je dkt botol dah twu ni ni dekat farmasi pun ade.Jadi mam g farmasi dapt RM9 je..hehehehe..Alhamdulillah ade ilmu pasal ubt ni x rugi ambik diploma dulu..

Balik je rumah mama mandikan dorang dengan shampoo khas untuk ade kurap then keringkan dorang..dah kering mama titiskan la ubat teling tu..Esoknye pun mama titskan lagi,tempat yang berkurap tu mama letak minyak gamat.Lepas 5hari alhamdulillah semua hilang kurap dengan earmite pun tak de..tempat ken kurap tu langsung tak nampak kesan macam penah ade kurap..fuhhhhh lega sangat2..bukan ape kat tepi telinga buyat tu dah luka n teruk je rasenye,tapi tak sangka dalam 5 hari je sembuh terus n tak nampak kesan langsung..

So kalaw kucing korang ade earmite cepat2 g beli ubat telinga then titiskan insyaAllah cepat sembuh,n ubat kurap paling mujarab adalah minyak gamat..kalaw nak cepat berkesan better mandikan dulu dengan antifungal shampoo then sapu minyak gamat tu sehari 2 atau 3 kali..

NAK TENGOK GAMBAR BUYAT YANG DAH SEMBUH BOLEH KE PAGE MAMA DI LINK NI https://www.facebook.com/pages/PETS-Planet/501676646555816?ref=ts&fref=ts

Friday 14 June 2013

DIY CAT TOWER CANTIK

Assalamualaikum..lama mama tak update kan..hai maklum la nama pun mama busy memanjang la kan..
Ni mama nk tunjuk perabot untuk kucing,dah la cantik simple pulak tu..kalaw rajin boleh la u ols DIY je,tapi kalaw malas ape lagi tempah la kt mama okeh :)
Harga die ikt saiz kalaw mcm dlm gmbr tggi die 4 kaki so Harga Rm280 je,xpyh korang pnat2 berpeluh nk buat..hehehe..kalaw minat boleh la call atau message kt number ni 01114801014..
Jangan lupe taw like PETS Planet dkt fb korang :)