Search This Blog

Friday 28 February 2014

APAM BALIK TERBAIK (TEMPAT & MAKANAN YANG BEST DI PORT DICKSON)

Assalammualaikum..Hai,harini nak update tempat makan best area Port Dickson dah stay kat sini almost 2 tahun so tak kan tulis tentang tempat sendiri kan?
Ok mama list kan dari makan pagi sampai ke malam..
Pertama makan pagi
1) Sukand's area pekan lama port dickson,dekat dengan bulatan PD tu memang da nampak kedai sebelah kiri..Best dekat sini nasi lemak bungkus atas meja,memang terbaik kalaw lambat memang xsempat la..Bubur nasi dan juga roti bakar sangat2 berbaloi kalaw cuba.
2)Pak Lang kopitiam,dekat pejabat marin pekan lama port dickson..Menu kat sini terbaik roti bakar dengan butter,try la order air limau memang terbaik!!
Kedua Makan Tengahari (Lunch)
1) Sukand's nasi ayam dia not bad la ok jugak,tapi yang mama paling rasa sedap sangat2 Mee kari dia..Memang terasa kuah yang meletop tu..
2)Mamak sebelah pejabat pos,macam biasa la kan makan mamak ni..Mee goreng die n nasi lauk dia boleh tahan dekat sini..
3)Mak mah dekat masjid PD  pelbagai masakan kampung.
4)Food court masakan panas dekat The Store area PD Waterfront.memang kedai thai dekat sini bukak awal..
5)Food court PD Walk,ada pelbagai masakan panas yang rasa dia ok jugak not bad.
Ketiga Makan petang/malam
1)Pasar tani depan Giant Lukut hari jumaat.
2)Pasar malam batu empat Port Dickson hari sabtu..Cari la apam balik Haji Jamaris memang terbaik dulu harga Rm1.20 je..tapi start barang naik terus naik sikit2 sekarang dah jadi Rm2..Jangan beli 1 nanti menyesal!!!!Apam Balik terbaik yang pernah mama makan..
3)Restoran Hidayah,masakan panas dia murah dan sedap..Dekat jalan besar dari arah PD ke lukut dia sebelah kiri..Dekat jugak dari lexis,dari lexis ambik kanan hala ke PD dalam 5 minit da nampak..
4)Restoran sri tanjung,betol2 depan jalan masuk lexis dan glory beach resort.Ada gerai satay,burger salai,tauhu bakar dan masakan panas.
5)Steamboat Fazlina dekat batu 6 tak silap,tapi ni je taw steamboat yang sedap dan harga 1 cucuk Rm1..ada lori lain harga tak sama macam kat sini,dan kuah dia sedap taw..
6)Restoran nasi arab D'Oasis..Nasi arab die best dan yang paling mama suka sandwich schawarma..Restoran terletak dekat PD Waterfront dan PD sunggala.
Ok nanti mama akan update lagi yea,coz ada nama tempat yang lupa..hahahaha pandai makan je tapi tak pernah tawu nama..Ok selamat bercuti ya!!!

Thursday 6 February 2014

SERBUK CHEESE MURAH GILERRR (CHEESE POWDER)

    Assalammualaikum..Mama nak update ni mama da jadi agen rezqi cheese powder untuk area Port Dickson taw...Wahhhhh mula2 ingat beli nak makan lepas tu ada pakej jadi agen ape lagi mama sebat la terus kan..Memang sedap cheese die sebijik macam k** tu..Dulu memang tak sah la kalaw tak order cheezy wedges tu kan,memang jadi side order yang wajib kot.

   Tapi sekarng tak payah susah dah nak g beli coz da simpan stok serbuk cheese ni dekat umah anytime dah boleh makan.Ambik 3 sudu then bancuh je dengan air panas dalam 5 sudu kacau sampai pekat...yummmmyyyyyy!!!

HARGA RM11- 1 PAKET
POS RM6 - 1 HINGGA 3 PAKET

MURAH JE KANNNN...

mesej/whatsapp : 01114801014 





Sunday 2 February 2014

HOTEL NEW HOPE INN PENANG (SELESA DAN MURAH KALAW HOTEL LAIN DAH PENUH)

    Assalammualaikum..nak buat entry pasal cuti - cuti ujung tahun aritu macam malas je tapi nak jugak share pasal hotel ni..Nama dia HOTEL NEW HOPE INN mama bukan ada niat pun nak check in dekat sini cuma terjebak dan tak ada pilihan..

    Al kisah husband mama ni konon nak bawak cuti-cuti hujung tahun kononnye dari kl ke cameron turun penang dan terus ke kedah..Ok la 1st day awal2 pagi kitorang dah bertolak ke cameron dan memang plannig tak stay kat sana just nak round2 and makan strawberry hahahahaha dah lama mengidam strawberry cameron bukan tak boleh beli kat supermarket kan just tekak ni gatal nak makan kat cameron...

    Dah round2 dekat MARDI,Pasar Brinchang,Tea BOh Sg Palas,Lavender Valley mama pun turun la dari cameron tu dalam pukul 4 bajet sampai penang dalam pukul 6 la hmmm tak sangka pulak jem sampai la kat penang tu pukul 8 lebih dah la gelap melilau cari hotel nak check in ingat kan banyak la hotel2 bajet tapi tak jumpa pun yang jumpa semua dah penuh..Dari pekan sampai ke Batu Feringgi tak jumpa2 hotel last2 terjumpa la hotel NEW HOPE INN ni tepi jalan area tanjung bungah.Husband mama ape lagi terus tanya ada kosong tak,hmmm memang nasib kitorang la ada lagi bilik kosong.Mula2 tengok macam seram je pastu mama ternampak ada la orang melayu pun check in situ so rasa la lega sikit.

    Harga bilik deluxe RM180+ mama tak berapa ingat tapi ok la kan dah la malam perut pun dah lapar gile2 nak makan kat kedai memang dah tak larat sangat kalaw boleh nak rehat dulu..Nasib la seberang jalan hotel ni ada kedai jual nasi dalca husband mama tapaw je RM4 siap ada ayam dengan telur sedap la jugak..Dah lepas makan and solat ape lagi shut down laaaaa..

     Nah mama bagi tengok gambar dalam die..Sorry memang tak berapa jelas gambar :)

ni lepas tidur so memang tak cantik dah cadar die hihihihihi

toilet bersih siap ada shower air panas..

ha ni terbaik siap ada mini peti ais taw

nak masak air panas pun senang dah tersedia kat bilik

dari depan pintu masuk


ni depan hotel dari tepi jalan memang dah nampak