Search This Blog

Sunday 8 September 2013

JAGA HATI PELANGGAN ONLINE- PSSSSTT..NAK BISNES ADA CARANYA

Assalamualaikum semua..haiii hari ni mama nak cakap pasal bisnes online ramaikan da mulakan bisnes online ni,atas faktor penambahan pelanggan yang suka beli secara online jugak la kan.Mama sendiri pun kadang suke membeli secara online ni dan mama sendiri juga ada bisnes dalam online.So hari ni mama notice yang ramai nak menjual beli secara online tetapi cara atau adab berkomunikasi tu kurang sikit,macam hari ni mama sangat2 la tak berpuas hati cara penjual ni menjual produk die dan layanan dia.Sedangkan die menjual produk dia sendiri iaitu barangan sendiri yang orang lain tak ada menjualnya lagi,sebagai penjual yang baru dalam dunia online dia perlu tahu bahawa feedback customer memainkan peranan untuk menaikkan nama produknya,tetapi mungkin dengan fikirkan 'aku je jual ni ' 'aku ni ada syarikat' EGO menghantui diri.
Mama tadi hanya ingin comfirm kan tentang status barang yang mama minta pos hari tetapi si penjual tersebut dengan tulisan nya sepeti pertanyaan kita tu menyusahkan dia pula.Hmmmm...Mama rasa memang tak nak la bagi feedback balik lepas guna produk dia tu,sebab dia seperti tidak hargai pelanggan..Salah ke menjawab dengan baik,then nanti bila pengguna puas hati pengguna tu sendiri akan 'recomend' dekat kawan fb atau blog.Tetapi fikiran si penjual tersebut tidak la sampai ke tahap tu mungkin dia pandang tidak serius tentang hal ni..Masalah atitude org (KITA) tak pernah nak berubah.Mama sendiri belajar lagi cara nak berkomunikasi ni,dulu selalu attend customer dekat farmasi pun banyak ragam yang perlu di fahami tapi adat la sebagai pelanggan mereka ada hak,cuma si penjual harus pandai memainkan peranan utnuk menarik minat pelanggan dengan barangan yang ada.Kalaw layanan penjual malas,marah,menyampah nak layan comfirm ramai customer CABUT.

Mama sendiri pernah attend sorang uncle ni mungkin die ber status DATO' memang sangat garang ingat lagi kitorang panggil die uncle nordin,hehehe ni nak cte sikit pasal uncle nordin ni,die ni regular kitorang n masa tu mama yang jaga ubat2 dekat farmasi,kalaw uncle ni datang n ubat yang dia nak tak ada habis la kitorang kena marah,siap ade satu hari tu uncle ni datang n kitorang semua lari  nyorok yang lucunya mama xsempat lari so nyorok bawah meja dekstop je..hahahahahahaha..punya la takot sampai macam tu sekali..Tapi last2 mama kantoi menyorok bawah meja tu tapi sempat cover lagi konon ade barang jatuh mama nak kutip la kononnya..Mungkin uncle tu perasan yang mama ni takot dengan die so die start berlembut dengan mama lepas tu.Mama siap bagi no fon mama lagi so senang die cakap nak ubat je dia akan mesej dulu n mama sediakan je.Sampai mama berenti pun die call mama untuk tanya pendapat tentang supplement heeeeee...Memang tak sangka last2 kitorang dapat berurusan dengan tenang lepas tu.Dan uncle tu sangat2 la baik rupenya,mungkin dulu die marah sebab ubat tak cukup,di sebabkan lepas tu die datang just ambik ubat yang dah tersedia so die hepi n jadi baik..So pengajarn kite kena pandai la handle customer tak kira la macam mana pun sikap pelanngan tu.bak kata omputeh'CUSTOMER ALWAYS RIGHT'..tapi kadang2 menyampah gak dengan pepatah ni..hehehehehe..

 Ok.. da sampai the end ni..

Entry mama ni sekadar untuk peringatan untuk diri mama sendiri dan juga perkongsian bersama,harap satu hari nanti orang (KITA) berjaya bersaing dalam bidang perniagaan seiring bangsa lain.Jauhkan la diri dengan hasad,ego,pentingkan diri dalam perniagaan insyaAllah rezeki kita ada.Percayala rezeki itu bukan dari manusia tetapi semata mata dari ALLAH S.W.T..sampai sini dulu yea :)

 

No comments:

Post a Comment